Sunday, October 31, 2010

TOPIC: VENTILATION

A) DEFINITION
     
Ventilation is the process of supplying or removing air by natural or mechanical means to and from a space.



B)REQUIREMENT FOR MECHANICAL VENTILATION OR AIR-CONDITIONING
  1. Internal rooms
  2. Large, closely, populated rooms where distribution of natural ventilation is inadequate.
  3. Where natural ventilation cannot be provided because of external air pollution or noise.
  4. Extract ventilation (fumes or smell from cooking etc).
  5. Tall building.

Saturday, October 30, 2010

10 PRINCIPLES IN HEALTHY CITIES

  1. A Clean, Safe Physical Environment in a high quality.
  2. An ecosystem in a stable and can be sustained for a long term.
  3. A meeting to identify basic need in community: shelter, food, job, income, health centre etc.
  4. Strong, mutually and non-exploitive community.
  5. High status of public health and sick care centre.
  6. Optimum level of health status and low risk of diseases.
  7. A diverse, vital and innovative city economy.
  8. The encouragement of the past, in the cultural and biological herritage.
  9. Access a wide variety of experience.
  10. High degree of participants and control by the public over the decision affecting their lives, health and wellbeing.

    PERWATAKAN MANUSIA -BULAN KELAHIRAN JAN-MAC

    I love you JANUARI I love you

    >> bercita-cita tinggi dan orangnya serius
    >> suka mendidik dan dididik
    >> sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
    >> rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
    >> suka smart, kemas dan teratur
    >> bersifat sensitif , berfikiran mendalam
    >> pandai mengambil hati org lain
    >> pendiam kecuali telah dirangsang
    >> agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
    >> mudah mendisiplinkan diri sendiri
    >> badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
    >> bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
    >> cukup sayang pd kanak-kanak
    >> suka duduk rumah
    >> setia pada segala-galanya
    >> perlu belajar kemahiran sosial
    >> cukup cemburu yg sangat tinggi
     
    I love you FEBRUARI I love you

    >> berfikiran abstrak
    >> sukakan benda yang reality dan abstrak
    >> inteligent, bijak dan genius
    >> berpesonality yg mudah berubah
    >> mudah menawan org lain
    >> agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
    >> jujur dan setia pd segalanya
    >> keras hati untuk mencapai matlamat
    >> tidak suka dikongkong
    >> mudah memberontak apabila dikongkong
    >> suka kegiatan yg lasak
    >> emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
    >> mudah mempamirkan marahnya
    >> tidak suka benda yg remeh-temeh
    >> suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
    >> sangat berani dan suka memberontak
    >> bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
    >> pemerhatian yg tajam
    >> suka hiburan dan sukan
    >> suka benda yg bersifat seni
    >> sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
    >> berkecenderungan pd benda yg tahyul
    >> amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
    >> belajar untuk mempamirkan emosi


    I love you MAC I love you

    >> berpesonaliti yg menarik dan menawan
    >> mudah didampingi
    >> sgt pemalu dan pemendam rasa
    >> sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
    >> sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
    >> suka pada kedamaian
    >> sgt peka kepada orang lain
    >> sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
    >> tidak cepat marah dan sangat amanah
    >> tahu balas budi dan tahu kenang budi
    >> pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
    >> kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
    >> suka berangan-angan
    >> suka melancong
    >> sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
    >> kelam kabut dalam memilih pasangan
    >> suka dgn hiasan rumahtangga
    >> punya bakat seni dalalm bidang muzik
    >> kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
    >> jgn terlalu moody.


     

    SYARAT UNTUK BAHAGIA

    1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
    Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

    2. Punya Pendirian Yang Tetap
    Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

    3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
    Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

    4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
    Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

    SIFAT MANUSIA MENERUSI TABIAT MAKAN


    1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
    = cermat, tertib, tidak boros.

    2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
    = boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

    3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
    = sabar, tidak suka marah.

    4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
    =suka marah, tidak dapat mengawal diri.

    5. 80% penyakit berpunca daripada makan.

    6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

    7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

    8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

    9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

    10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

    11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

    12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

    13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

    14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

    15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

    16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

    17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.


    8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

    C1. CABAR
    Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

    C2. CABUL
    Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

    C3. CELUPAR
    Wanita yang cantik
    akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

    C4. COMOT
    Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

    C5. CEMBURU
    Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
    lewat overtime dah syak yg bukan2…

    C6. CEREWET
    Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

    C7. CINCAI
    Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

    C8 CUAI
    Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

    TIP-TIP MENAMBAT HATI SUAMI

    1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. 

    2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

    3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

    4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

    5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

    6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

    7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

    8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

    9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian). 

    10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

    11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh ) 

    12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

    13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

    14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

    15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

    16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. 

    17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

    18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

    19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

    20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

    21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

    22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

    23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

    24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

    25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

    26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

    27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

    28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

    29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

    30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

    31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

    32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai. 

    33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

    34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

    35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

    36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

    37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

    38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

    39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

    CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

    1. Mencintai Allah dan Rasul

    Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…
    Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
    Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
    Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi:  

    “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” 

    Riwayat al-Bukhari.
    Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t  

    :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

    2. Mentaati Ibu Bapa

    Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
    Firman Allah s.w.t 

    “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
    Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

    3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

    Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
    Sabda Rasulullah s.a.w:
     
    “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

    Rasululllah bersabda, 

    “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

    Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

    “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

    4. Menguruskan rumahtangga

    Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
    Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
    Sabda Rasulullah s.a.w  


    “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam 

    Sunan Ibn Majah.
     Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w:  

    “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

    5. Berhias untuk suami

    Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

    Sebuah riwayat menceritakan :
     
    “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.-
    Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
    Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

    Sabda Rasulullah SAW:  
    “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

    Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

    6. Berpakaian menurut ajaran Islam

    Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah,

    Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

    Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

    7. Menjaga batas pergaulan

    Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

    8. Bersahabat dengan wanita solehah

    Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

    Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

    TWO IS BETTER THAN ONE

    Song Title: Two Is Better Than One

    Artist: Boys Like Girls feat Taylor Swift


    I remember what you wore on our first day

    You came into my life

    And I thought hey

    You know this could be something

    ‘Cause everything you do and words you say

    You know that it all takes my breath away

    And now I’m left with nothing


    So maybe it’s true, that I can’t live without you

    And maybe two is better than one

    But there’s so much time, to figure out the best in my life

    And you’ve already got me coming undone

    And I’m thinking two, is better than one


    I remember every look upon your face,

    The way you roll your eyes, the way you taste

    You make it hard for breathing

    ‘Cause when I close my eyes and drift away

    I think of you and everything’s okay

    And finally now, believing


    And maybe it’s true, that I can’t live without you

    Well maybe two is better than one

    But there’s so much time, to figure out the best in my life

    And you’ve already got me coming undone

    And I’m thinking two, is better than one


    Yeah, yeah


    I remember what you wore on our first day

    You came into my life

    And I thought hey


    Maybe it’s true, that I can’t live without you

    Maybe two is better than one

    But there’s so much time, to figure out the best in my life

    And you’ve already got me coming undone

    And I’m thinking


    Oooh I can’t live without you

    ‘Cause baby two is better than one

    There’s so much time, to figure out the best in my life

    And I’ve figured out with all that’s said and done

    Two, is better than one


    Two is better than one.